Friday, November 3, 2017

Masalah Vandalisme

Vandalisme







vandalisme merupakan perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.


Jenis vandalisme

1.     Berbentuk keinginan
2.     Dirancang
3.     Ideologi
4.     Balas dendam
5.     Suka-suka
6.     Merosakkan


Faktor yang mempengaruhi perbuatan Vandalisme

·       Diri sendiri= pelajar rasa tertekan / melepaskan geram terhadap infrastruktur sekolah, ingin meluahkan sesuatu perkara melalui contengan.

·       Rakan sebaya= pelajar mudah terpengaruh dan meniru aksi rakan sebaya, pelajar yang bermasalah akan membawa tingkah laku yang negatif.

·       Ibu bapa= Keluarga mengamalkan budaya hidup negatif, Contohnya membuang sampah merata-rata, ibu bapa sibuk bekerja ,ibu bapa kurang mengawal dan membimbing tingkah laku anak-anak mereka, ini mendorong remaja terjebak dalam masalah ini.

·       Sikap masyarakat= masyarakat yang mementingkan kebendaan dan tidak ambil peduli mengenai isu-isu sosial, generasi sekarang susah dikawal kerana kurang kawalan daripada keluarga, masyarakat tidak peduli terhadap kegiatan Vandalisme, remaja berasakan dirinya bebas untuk melakukan apa sahaja.

·       Media massa= memaparkan unsur-unsur negatif / rancangan perlakuan Vandalisme, pelajar mudah meniru dan mengikut perkara yang dilihatnya.


Kesan perbuatan vandalisme

·       Ibu bapa= ahli keluarga berasa malu, anak-anak akan berkelakuan biadap, ahli keluarga mengalami kerugian kerana terpaksa membayar kos akibat aktiviti vandalisme yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

·       Sekolah= imej sekolah akan terjejas, kekurangan infrastruktur kerana dirosakkan, menghadapi kesulitan menggunakan tandas kerana ketiadaan pintu akibat dirosakkan.

·       Kerajaan= terpaksa membayar kos penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur yang dirosakkan, kerajaan menanggung malu jika pelancong asing mengadu mengenai kerosakkan kemudahan awam.

·       Menjejaskan keselamatan= keselamatan seseorang boleh terancam, seperti penutup longkang yang dibuang, boleh menyebabkan seseorang terjatuh dan mengalami kecederaan, papan tanda yang diconteng, boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku kerana tersalah arah laluan.


Cara untuk mengatasi perbuatan Vandalisme

·       Diri sendiri= memperlengkapkan diri dengan nilai keagamaan, sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri, tidak mudah terpengaruh dengan sifat-sifat negatif, meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah.

·       Keluarga= ibu bapa memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak menghargai kepentingan harta benda awam, menganggap harta benda orang lain harta milik sendiri.

·       Sekolah= Pihak sekolah memberikan nasihat dan bimbingan, mengenai kepentingan harta awam, tanggungjawab bersama menja harta benda awam.

·       Masyarakat= masyarakat perlu peka tarhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, memberikan contoh yang baik, menegur jika berlakunya kes vandalisme.


·       Media massa= menjalankan tanggungjawab sosial, media massa mempunyai pengaruh kuat dalam menanamkan kesedaran dan menyampaikan maklumat, kepentingan menjaga harta awam, menghebohkan kempen “Harta Awam Milik Bersama”.

No comments:

Post a Comment