Gangsterisma
Kegiatan gangster &
masalah gejala samseng dalam kalangan pelajar. Gangsterisme merupakan budaya
hidup yang keterlaluan dan berkelakuan yang memusnahkan serta merosakkan
persekitaran yang dilakukan secara berkumpulan.
Ciri-ciri ahli kumpulan samseng
1.
Simbol=
mempunyai symbol sebagai lambang kumpulan
2.
Pakaian=
mempunyai pakaian tertentu
3.
Gaya=
berkelakukan seperti orang yang berpengaruh dan kuat
4.
Sikap=
mudah marah, suka melepak
Faktor
·
Diri sendiri= diri
tertekan, remaja kurang didikan agama, mengikut keinginan untuk menindas orang,
mahu dirinya diiktiraf dan dikenali.
·
Rakan sebaya=
rakan berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja, rakan sebaya yang
jahat akan mempengaruhi remaja tersebut, kerana dapat pengiktirafan dan
sokongan, remaja lebih menghabiskan masa denga rakan berbanding dengan
keluarga.
·
Keluarga= ibu
bapa menunjukkan teladan yang buruk, anak-anak terikut dengan sikap perbuatan
mereka, ibu bapa sering bergaduh akan menjadikan anak-anak berisiko menjadi
agresif.
·
Media massa=
memaparkan aksi ganas seperti bergaduh, menarik minat remaja dan remaja meniru
aksi-aksi tersebut, tidak dapat bezakan realiti dengan fantasi kerana watak
kelihatan ‘macho’ apabila melakukan perbuatan gangsterisme.
Cara mengatasi
·
Peranan sekolah=
guru sentiasa memantau aktiviti pelajar, peraturan sekolah diperketatkan,
menambahkan aktiviti berteraskan akademik dan kokurikulum bagi menarik minat
pelajar.
·
Peranan ibu bapa=
meluangkan masa dengan anak-anak untuk mendengar masalah mereka, membawa anak-anak
beriadah, ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak mereka, beri didikan agama
dengan nilai-nilai murni, peka terhdapt perubahan sikap anak mereka.
·
Peranan kerajaan= melancarkan
kempen / program pembangunan masyarakat, contohnya Program Rakan Muda &
PLKN mendedahkan remaja dengan cara hidup sihat.
·
Media massa=
perlu berhati-hati memilih bahan-bahan yang ditayangkan, tidak mementingkan
keuntungan semata-mata, mementingkan mutu dan rancangan bercorak ilmiah.
Kesan
·
Pelajar lain=
golongan ini akan menjadikan pelajar yang lemah sebagai sasaran, pelajar lain
akan berasa takut untuk kesekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan
terjejas.
·
Keluarga=
masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga pelaku, menjejaskan masa depan
adik-beradik yang lain, terima tekanan dan cacian yang buruk daripada
masyarakat.
·
Pihak sekolah=
golongan ini boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran, nama sekolah
akan terjejas.
·
Masyarakat=
masyarakat berasa tidak selamat untuk hidup, takut menjadi mangsa keganasan,
jika berlaku pergaduhan akan mengakibatkan kecederaan yang serius atau lebih
teruk, aktiviti memeras ugut peniaga, peniaga mengalami kerugian.
·
Negara=
mengalami kerugian kerana terpaksa membaik pulih infrastruktur yang rosak,
sumber tenaga manusia tidak dapat digunakan sepenuhnya, menyumbang kepada
peningkatan jenayah.
No comments:
Post a Comment