Monday, November 6, 2017

Masalah Gengsterisma

Gangsterisma
Kegiatan gangster & masalah gejala samseng dalam kalangan pelajar. Gangsterisme merupakan budaya hidup yang keterlaluan dan berkelakuan yang memusnahkan serta merosakkan persekitaran yang dilakukan secara berkumpulan.

                     

Ciri-ciri ahli kumpulan samseng
1.     Simbol= mempunyai symbol sebagai lambang kumpulan
2.     Pakaian= mempunyai pakaian tertentu
3.     Gaya= berkelakukan seperti orang yang berpengaruh dan kuat
4.     Sikap= mudah marah, suka melepak

Faktor
·       Diri sendiri= diri tertekan, remaja kurang didikan agama, mengikut keinginan untuk menindas orang, mahu dirinya diiktiraf dan dikenali.

·       Rakan sebaya= rakan berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja, rakan sebaya yang jahat akan mempengaruhi remaja tersebut, kerana dapat pengiktirafan dan sokongan, remaja lebih menghabiskan masa denga rakan berbanding dengan keluarga.

·       Keluarga= ibu bapa menunjukkan teladan yang buruk, anak-anak terikut dengan sikap perbuatan mereka, ibu bapa sering bergaduh akan menjadikan anak-anak berisiko menjadi agresif.

·       Media massa= memaparkan aksi ganas seperti bergaduh, menarik minat remaja dan remaja meniru aksi-aksi tersebut, tidak dapat bezakan realiti dengan fantasi kerana watak kelihatan ‘macho’ apabila melakukan perbuatan gangsterisme.

Cara mengatasi
·       Peranan sekolah= guru sentiasa memantau aktiviti pelajar, peraturan sekolah diperketatkan, menambahkan aktiviti berteraskan akademik dan kokurikulum bagi menarik minat pelajar.

·       Peranan ibu bapa= meluangkan masa dengan anak-anak untuk mendengar masalah mereka, membawa anak-anak beriadah, ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak mereka, beri didikan agama dengan nilai-nilai murni, peka terhdapt perubahan sikap anak mereka.

·       Peranan kerajaan= melancarkan kempen / program pembangunan masyarakat, contohnya Program Rakan Muda & PLKN mendedahkan remaja dengan cara hidup sihat.

·       Media massa= perlu berhati-hati memilih bahan-bahan yang ditayangkan, tidak mementingkan keuntungan semata-mata, mementingkan mutu dan rancangan bercorak ilmiah.

Kesan
·       Pelajar lain= golongan ini akan menjadikan pelajar yang lemah sebagai sasaran, pelajar lain akan berasa takut untuk kesekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.

·       Keluarga= masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga pelaku, menjejaskan masa depan adik-beradik yang lain, terima tekanan dan cacian yang buruk daripada masyarakat.

·       Pihak sekolah= golongan ini boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran, nama sekolah akan terjejas.

·       Masyarakat= masyarakat berasa tidak selamat untuk hidup, takut menjadi mangsa keganasan, jika berlaku pergaduhan akan mengakibatkan kecederaan yang serius atau lebih teruk, aktiviti memeras ugut peniaga, peniaga mengalami kerugian.


·       Negara= mengalami kerugian kerana terpaksa membaik pulih infrastruktur yang rosak, sumber tenaga manusia tidak dapat digunakan sepenuhnya, menyumbang kepada peningkatan jenayah.

Friday, November 3, 2017

Masalah Vandalisme

Vandalisme







vandalisme merupakan perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.


Jenis vandalisme

1.     Berbentuk keinginan
2.     Dirancang
3.     Ideologi
4.     Balas dendam
5.     Suka-suka
6.     Merosakkan


Faktor yang mempengaruhi perbuatan Vandalisme

·       Diri sendiri= pelajar rasa tertekan / melepaskan geram terhadap infrastruktur sekolah, ingin meluahkan sesuatu perkara melalui contengan.

·       Rakan sebaya= pelajar mudah terpengaruh dan meniru aksi rakan sebaya, pelajar yang bermasalah akan membawa tingkah laku yang negatif.

·       Ibu bapa= Keluarga mengamalkan budaya hidup negatif, Contohnya membuang sampah merata-rata, ibu bapa sibuk bekerja ,ibu bapa kurang mengawal dan membimbing tingkah laku anak-anak mereka, ini mendorong remaja terjebak dalam masalah ini.

·       Sikap masyarakat= masyarakat yang mementingkan kebendaan dan tidak ambil peduli mengenai isu-isu sosial, generasi sekarang susah dikawal kerana kurang kawalan daripada keluarga, masyarakat tidak peduli terhadap kegiatan Vandalisme, remaja berasakan dirinya bebas untuk melakukan apa sahaja.

·       Media massa= memaparkan unsur-unsur negatif / rancangan perlakuan Vandalisme, pelajar mudah meniru dan mengikut perkara yang dilihatnya.


Kesan perbuatan vandalisme

·       Ibu bapa= ahli keluarga berasa malu, anak-anak akan berkelakuan biadap, ahli keluarga mengalami kerugian kerana terpaksa membayar kos akibat aktiviti vandalisme yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

·       Sekolah= imej sekolah akan terjejas, kekurangan infrastruktur kerana dirosakkan, menghadapi kesulitan menggunakan tandas kerana ketiadaan pintu akibat dirosakkan.

·       Kerajaan= terpaksa membayar kos penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur yang dirosakkan, kerajaan menanggung malu jika pelancong asing mengadu mengenai kerosakkan kemudahan awam.

·       Menjejaskan keselamatan= keselamatan seseorang boleh terancam, seperti penutup longkang yang dibuang, boleh menyebabkan seseorang terjatuh dan mengalami kecederaan, papan tanda yang diconteng, boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku kerana tersalah arah laluan.


Cara untuk mengatasi perbuatan Vandalisme

·       Diri sendiri= memperlengkapkan diri dengan nilai keagamaan, sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri, tidak mudah terpengaruh dengan sifat-sifat negatif, meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah.

·       Keluarga= ibu bapa memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak menghargai kepentingan harta benda awam, menganggap harta benda orang lain harta milik sendiri.

·       Sekolah= Pihak sekolah memberikan nasihat dan bimbingan, mengenai kepentingan harta awam, tanggungjawab bersama menja harta benda awam.

·       Masyarakat= masyarakat perlu peka tarhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, memberikan contoh yang baik, menegur jika berlakunya kes vandalisme.


·       Media massa= menjalankan tanggungjawab sosial, media massa mempunyai pengaruh kuat dalam menanamkan kesedaran dan menyampaikan maklumat, kepentingan menjaga harta awam, menghebohkan kempen “Harta Awam Milik Bersama”.