Masalah disiplin
Masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan atau salah
laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Contohnya= ponteng, buli, merokok, vendalisme dan
sebagainya.
Jenis masalah disiplin
- · Bentuk kecil= kegagalan menyiapkan kerja sekolah, merokok & ponteng.
- · Bentuk berat & berunsur jenayah= buli, mencuri & gangsterisme.
Faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah disiplin
- · Faktor personaliti diri= perasaan diri pelajar yang celaru, tidak dapat menerima arahan.
- · Faktor pengaruh rakan= sikap rakan sebaya yang mempengaruhi, ikut rakan untuk memperolehi keseronokkan dan ketenangan.
- · Faktor keluarga= ibu bapa sibuk bekerja atau ibu bapa sering bertengkar, anak-anak terbiar, anak-anak mencari ketenangan di luar.
- · Faktor sekolah= kawalan/peraturan ketat, pelajar kena ikut tanpa sebarang soalan, kaedaaan persekitaran terbatas, mencabar peraturan sebagai tanda ingin bebas.
- · Faktor guru= menekankan aspek kecemerlangan akademik, menyebabkan tekanan pelajar yang sebaya, mewujudkan gangster untuk dihormati dan diterima.
- · Faktor media massa= memaparkan perlakuan negatif seperti gengster, pelajar terikut kerana ingin mencuba.
Cara untuk mengatasi masalah disiplin
- · Diri sendiri= saling membimbing kawan ke arah yang positif, berfikir secara rasional, fikir kesan akibat perbuatan yang negatif.
- · Ibu bapa= mendidik anak-anak dengan kasih sayang, meluangkan masa dan memberi perhatian, memberi layanan yang sesuai dengan pertumbuhan fizikal.
- · Pihak kerajaan= mengadakan kursus khas guru menangani masalah disiplin, guru tidak menghukum pelajar mengikut emosi, tidak berlaku kes penderaan dan murid tidak berasa dendam.
- · Pihak sekolah= pengawalan dan pelaksanaan disiplin, mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM, subjek keagamaan, pendidikan moral & sivik diajarkan dengan lebih terperinci, pelajar faham hukuman yang diterima diatas kesalah yang dilakukan.
- · Guru= menjadi suri teladan yang baik, sering menasihati pelajar yang bermasalah, mempunyai rasa tanggungjawab kepada semua pelajar.
- · Media massa= tidak menayangkan filem & iklan bersifat negatif, mendedahkan kepada pelajar mengenai akademik dan sukan.
Kesan masalah disiplin
- · Diri sendiri= pelajar akan dihukum, disisihkan pelajar lain dan guru, tidak dapat fokus dalam P&P.
- · Keluarga= mengecewakan harapan ibu bapa, menjadi punca perbalahan antara ibu bapa, tidak diabaikan.
- · Sekolah= nama baik sekolah terjejas, guru tertekan disebabkan masalah disiplin pelajar.
- · Negara= sumber tenaga manusia tidak dapat digunakan sepenuhnya, menyumbang kepada jenayah.
No comments:
Post a Comment