Friday, October 20, 2017

Masalah Ponteng

MASALAH PONTENG DALAM KALANGAN PELAJAR

 


Ø  Ponteng didefinisikan sebagai memonteng atau meninggalkan tugas (tanggungjawab atau pelajaran) tanpa kebenaran (kamus pelajar edisi kedua, 2009).

Ø  Istilah ini digunakan bagi kes-kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan sendiri dan bukannya kes-kes yang “dimaafkan”.

Jenis ponteng
1.     Ponteng sekolah didefinisikan sebagai perbuatan yang menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru ataupun ibu bapa.

   Kategori

  • ·       Pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tetapi berada di dalam rumah dan dalam pengetahuan ibu bapa.
  • ·       Pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa sebab di luar pengetahuan ibu bapa.
  • ·       Pelajar ke sekolah dengan berpakaian sekolah tetapi tidak hadir ke   sekolah.

2.     Ponteng kelas adalah tindakan seseorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu yang sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya didalam bilik darjah.

   Kategori

  • ·       Pelajar tidak menghadiri salah satu kelas atau beberapa kelas.
  • ·       Hadir ke sekolah tetapi tidak menghadiri kesemua kelas.

Punca ponteng sekolah

  • ·       Diri pelajar= sikap malas, sikap ingin tahu dan ingin mencuba, sikap ingin merasai keseronokan & inginkan tumpuan dan perhatian.

  • ·       Rakan sebaya= diajak untuk ponteng sekolah & menganggap ponteng sekolah  dapat menenangkan fikiran.

  • ·       Keluarga= kesibukan ibu bapa, tidak memberi sepenuh perhatian kepada anak & sikap tidak bertanggungjawab.

  • ·       Guru= kaedah dan bahan pengajaran yang kurang sesuai & kualiti guru.

  • ·       Pihak sekolah= Peraturan sekolah yang ketat , pelajar berasa diri tidak bebas & mencabar peraturan sekolah.

Kesan ponteng sekolah

  • ·       Pelajar ketinggalan pelajaran= ketinggalan silibus penting pembelajaran & kesukaran dalam memahami dan mengikuti proses pembelajaran yang diajar oleh guru.

  • ·       Pelajar dibuang sekolah= Menjatuhkan imej sendiri sebagai seorang pelajar & tidak dapat menamatkan zaman persekolahan.

  • ·       Mengganggu ketenteraman awam= Membuat kecoh di kawasan perumahan & merosakkan harta benda awam.

  • ·       Peningkatan masalah jenayah= Terlibat dengan gejala negatif & melakukan vandalisme, merokok, mencuri.

  • ·       Memberi impak negatif kepada imej Negara= Melahirkan generasi tidak mempunyai masa depan & memberikan pandangan serong kepada pelancong dari luar Negara.

  • ·       Ibu bapa berasa malu= Orang tua dikatakan tidak pandai mendidik anak & melukakan hati dan perasaan ibu bapa.

  • ·       Menjadi contoh tidak baik kepada pelajar lain= Berpotensi mempengaruhi pelajar lain untuk terlibat dengan gejala ponteng.

Cara mengatasi masalah ponteng sekolah

  • ·       Peranan sekolah / Pentadbir= Peraturan sekolah perlu diperketatkan lagi & mewujudkan kokurikulum untuk menarik minat pelajar.

  • ·       Peranan Guru= Mempelbagaikan kaedah  P&P- menarik minat pelajar & menjalankan sesi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah.

  • ·       Peranan Ibu Bapa= Ibu bapa sepatutnya mendenda anak mereka yang tidak hadir ke sekolah.

  • ·       Peranan Masyarakat= Mengelakkan sikap lepas tangan apabila berlaku sebarang gejala negatif & meminta bantuan polis untuk membuat rondaan.

  • ·       Peranan Media Massa= Media massa elektronik seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng & tidak menayangkan cerita berunsur negatif.

Wednesday, October 18, 2017

Masalah Disiplin Pelajar

Masalah disiplin


Masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Contohnya= ponteng, buli, merokok, vendalisme dan sebagainya.


Jenis masalah disiplin


  • ·       Bentuk kecil= kegagalan menyiapkan kerja sekolah, merokok & ponteng.
  • ·       Bentuk berat & berunsur jenayah= buli, mencuri & gangsterisme.


Faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah disiplin


  • ·       Faktor personaliti diri= perasaan diri pelajar yang celaru, tidak dapat menerima arahan.

  • ·       Faktor pengaruh rakan= sikap rakan sebaya yang mempengaruhi, ikut rakan untuk memperolehi keseronokkan dan ketenangan.

  • ·       Faktor keluarga= ibu bapa sibuk bekerja atau ibu bapa sering bertengkar, anak-anak terbiar, anak-anak mencari ketenangan di luar.

  • ·       Faktor sekolah= kawalan/peraturan ketat, pelajar kena ikut tanpa sebarang soalan, kaedaaan persekitaran terbatas, mencabar peraturan sebagai tanda ingin bebas.

  • ·       Faktor guru= menekankan aspek kecemerlangan akademik, menyebabkan tekanan pelajar yang sebaya, mewujudkan gangster untuk dihormati dan diterima.

  • ·       Faktor media massa= memaparkan perlakuan negatif seperti gengster, pelajar terikut kerana ingin mencuba.


Cara untuk mengatasi masalah disiplin


  • ·       Diri sendiri= saling membimbing kawan ke arah yang positif, berfikir secara rasional, fikir kesan akibat perbuatan yang negatif.

  • ·       Ibu bapa= mendidik anak-anak dengan kasih sayang, meluangkan masa dan memberi perhatian, memberi layanan yang sesuai dengan pertumbuhan fizikal.

  • ·       Pihak kerajaan= mengadakan kursus khas guru menangani masalah disiplin, guru tidak menghukum pelajar mengikut emosi, tidak berlaku kes penderaan dan murid tidak berasa dendam.

  • ·       Pihak sekolah= pengawalan dan pelaksanaan disiplin, mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM, subjek keagamaan, pendidikan moral & sivik diajarkan dengan lebih terperinci, pelajar faham hukuman yang diterima diatas kesalah yang dilakukan.

  • ·       Guru= menjadi suri teladan yang baik, sering menasihati pelajar yang bermasalah, mempunyai rasa tanggungjawab kepada semua pelajar.

  • ·       Media massa= tidak menayangkan filem & iklan bersifat negatif, mendedahkan kepada pelajar mengenai akademik dan sukan.



Kesan masalah disiplin


  • ·       Diri sendiri= pelajar akan dihukum, disisihkan pelajar lain dan guru, tidak dapat fokus dalam P&P.

  • ·       Keluarga= mengecewakan harapan ibu bapa, menjadi punca perbalahan antara ibu bapa, tidak diabaikan.

  • ·       Sekolah= nama baik sekolah terjejas, guru tertekan disebabkan masalah disiplin pelajar.
  • ·       Negara= sumber tenaga manusia tidak dapat digunakan sepenuhnya, menyumbang kepada jenayah.